suria

Dr Azizan Dilantik Sebagai Timbalan Ketua Pengarah Ikim

KUALA LUMPUR: Pensyarah Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya Prof Datin Dr Azizan Baharuddin dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) berkuatkuasa 1 November ini.

Menurut kenyataan Ikim pada Khamis, pelantikan itu dibuat secara pinjaman daripada Universiti Malaya selama dua tahun.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin yang dilantik Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru-baru ini.

Azizan, 56, mempunyai 33 tahun pengalaman dalam pendidikan sains di peringkat nasional dan antarabangsa. - BERNAMA

Artikel Lain