Motorola Perkenal Tablet ET1 Untuk Usahawan - Semasa | mStar

Motorola Perkenal Tablet ET1 Untuk Usahawan

KUALA LUMPUR: Motorola Solutions, Inc., penyedia perkhidmatan dan produk komunikasi untuk perusahaan dan pelanggan pengguna, telah memperkenalkan tablet yang dinamakan ET1.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Motorola berkata, tablet itu merupakan yang pertama dalam kategori baru muncul komputer tablet berkelas perusahaan yang direka untuk kepelbagaian pasaran menegak.

"ET1 membawa pengalaman pengguna kelas pengguna kepada peranti berkelas perusahaan sebenarnya yang termasuklah ketahanan yang dipertingkatkan, pilihan pengimbas kod bar dan pembaca jaluran bermagnet serta perisian sistem terjamin.

"Aksesori perindustrian utama seperti stesen caj semula pelbagai slot terjamin turut disediakan," kata naib presiden korporat Motorola Solutions Asia Pasifik, Phey Teck Moh.

"Sebagai peneraju perkomputeran mudah alih, kita memberi perkhidmatan kepada ramai pengguna perusahaan di keseluruhan industri menegak dan bekerjasama rapat dengan pengurus IT bagi menangani kebimbangan masing-masing.

"Kita menyaksikan pertambahan pekerja mudah alih sebagai antara keperluan trend baharu muncul utama yang perlu disediakan. Unjuran industri ialah 36 peratus akan bergerak menjelang 2013 seluruh dunia," kata Phey. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain