suria

Calon Peperiksaan PMR Diingatkan Rujuk Jadual Peperiksaan

KUALA LUMPUR: Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mengetahui masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Menurut kenyataan lembaga tersebut, jadual waktu peperiksaan PMR telah diedarkan ke sekolah dan boleh juga dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan, http://www.moe.gov.my/lpm.

Pada tahun ini, seramai 481,147 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan bertulis PMR yang akan berlangsung pada 4,5,6,10 dan 11 Okt.

Seramai 35,190 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan tersebut berjalan lancar manakala 3,521 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan juga mengingatkan calon agar membawa kad pengenalan masing-masing ketika peperiksaan tersebut berlangsung bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain