Dua Lelaki Ditahan Bantu Kes Penemuan Mayat Wanita - Semasa | mStar

Dua Lelaki Ditahan Bantu Kes Penemuan Mayat Wanita

KUANTAN: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita yang tersepit di celah batu di kawasan perkelahan Sungai Mas dekat Sungai Lembing di sini pada Khamis lepas. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar, bedah siasat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada Sabtu, menunjukkan wanita terbabit dalam usia 20-an mungkin dibunuh berikutan terdapat kesan cekik di lehernya. "Mangsa, Haslinda Mamat, tidak bekerja dan berasal dari Kampung Tiram, di sini," katanya kepada pemberita pada Isnin. Kamaruzzaman berkata kedua-dua lelaki terbabit berusia 30 dan 33 tahun.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sebelum itu, sekumpulan remaja menemui mayat tersebut pada kira-kira 2 petang dan melaporkan kepada polis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Cadangan Hadkan Bilangan Pengedar Asid

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain