suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Maut Kereta Bertembung Lori

KUANTAN: Seorang warga emas maut apabila Proton Iswara yang dipandunya yang cuba mengelak jalan yang rosak, bertembung dengan sebuah lori balak tanpa muatan di Km25 Jalan Jerantut-Padang Piol dekat Kuala Tahan, berdekatan Felda Sungai Retang, Jerantut, semalam.

Mangsa, seorang peneroka, Wan Saidun Wan Nong, 58, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan setelah tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 1.40 tengahari itu mangsa dalam perjalanan dari arah Felda Sungai Retang menuju ke Jerantut.

"Sampai tempat kejadian, dipercayai mangsa cuba mengelak jalan rosak lalu termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori balak dari arah hadapan," katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jerantut untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

"Pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain