GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dan bapa saudaranya dilaporkan lemas di pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau, Khamis.Mayat Abdullah Mukmin Ahmad, murid Sekolah Kebangsaan Pulau Betong dan Abdul Razak Osman, 32, ditemui kira-kira 11.20 pagi tadi oleh anggota bomba dan penyelamat serta polis. Bapa kanak-kanak tersebut, Ahmad Nasser Osman, 42, berkata Abdul Razak sedang cuba menyelamatkan anaknya yang sedang lemas, tetapi dia turut dihanyut arus deras.Melihatkan Mukmin sedang tenggelam, Razak terjun ke dalam laut untuk menyelamatkannya, tetapi ombak terlalu kuat sehingga turut menenggelamkan dia," katanya di rumah mayat Hospital Balik Pulau.Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Deputi Supritendan (DSP) Lai Fah Hin mengesahkan kejadian tersebut dan menasihati orang ramai agar tidak mandi di pantai berkenaan."Ombak agak kuat daripada biasa dan sangat merbahaya. Orang ramai perlu berhati-hati semasa berada di pantai itu," katanya.Kawasan pantai tersebut pernah mengalami kejadian tsunami pada 2004. - BERNAMA