suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Motosikal, Dua Kereta Hangus Terbakar Di Taman Muda

KUALA LUMPUR: Enam buah motosikal dan dua buah kereta hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat di Taman Muda, Ampang, di sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Ampang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Amiruddin Jamaluddin berkata kejadian itu berlaku pada 5.30 pagi di Apartment Rivera.

"Kejadian berlaku ketika penduduk nyenyak tidur. Asap daripada motosikal dan kereta yang dibakar itu naik ke tingkat atas, menyebabkan kesemua mereka terjaga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata penghuni blok apartmen berkenaan turun untuk melihat apa yang berlaku dan setelah menyedari terdapat kenderaan terbakar, mereka memaklumkannya kepada pihak polis dan bomba.

Amiruddin berkata ia kejadian kedua di kawasan sama. Tahun lepas, lapan buah motosikal dan sebuah kereta telah dibakar.

Beliau berkata kejadian terbaru itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api.

Artikel Lain