suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Rumah Terbakar Di Kampung Muhibah, Sandakan

SANDAKAN: Kegembiraan menyambut Aidilfitri bagi 45 keluarga bertukar sedih apabila rumah mereka di Kampung Muhibah Batu 2 dekat sini musnah terbakar Rabu.

Kebakaran pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu memusnahkan 15 buah rumah. Tiada kecederaan dilaporkan.

Timbalan Penguasa Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Ordine Gilu berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.05 tengah hari dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.

Katanya, api dapat dikawal 50 minit kemudian dan padam sepenuhnya pada pukul 1.30 petang.

Menurutnya tiga jentera bersama 15 anggota bomba terlibat dalam operasi memadamkan api.

Ordine berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain