suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Anggota Polis, Tentera Sarawak Tidak Senang Hati Dengan Kenyataan Mat Sabu

KUCHING: Pihak polis dan tentera di Sarawak, terutamanya bekas anggota keselamatan yang menentang pengganas komunis, berasa marah dan tidak senang hati dengan dakwaan ketelaluan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sebagai seorang bekas polis, Wan Junaidi berkata beliau pernah berkhidmat dalam hutan untuk menentang pengganas komunis pada 1969 hingga 1973 serta membantu penubuhan ibu pejabat Rascom di Sibu.

"Jadi saya dapati bahawa politik Mat Sabu (Mohamad) telah menjadi satu politik keterlaluan untuk menarik perhatian kepada beliau sendiri dan parti beliau... mungkin dalam keadaan nak menang pilihan raya umum nanti," kata Wan Junaidi, yang juga Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sarawak ketika ditemui semasa rumah terbuka Hari Raya anjurannya di sini Rabu.

Beliau berkata dakwaan Timbalan Presiden PAS bahawa pengganas komunis itu hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara amat bahaya. - BERNAMA

Artikel Lain