Enam Suspek Cubaan Samun Kedai Pajak Ditahan - Semasa | mStar

Enam Suspek Cubaan Samun Kedai Pajak Ditahan

PETALING JAYA: Enam lelaki yang sedang leka menebuk lubang di sebuah kedai gambar sebagai laluan masuk untuk menyamun kedai pajak bersebelahan, ditahan selepas sistem penggera kedai gambar itu berbunyi dalam satu kejadian di Sungai Way di sini kira-kira 3 pagi Khamis.

Difahamkan keenam-enam lelaki berkenaan, sebelum itu memecah masuk pintu belakang kedai gambar tersebut sebelum berusaha menebuk lubang itu.

Kira-kira sejam kemudian, sistem penggera kedai gambar itu secara tiba-tiba berbunyi, lantas mengejutkan anggota polis Balai Polis Sungai Way terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Panik dengan situasi itu, kesemua suspek cuba melarikan diri ke arah kenderaan mereka, namun tindakan pantas polis berjaya menahan kesemua suspek.

Polis menemui sejumlah batu-bata yang telah ditebuk, peralatan menebuk seperti mesin gerudi, beg galas dan sarung muka selain dua kereta yang berada di luar premis berkenaan.

Difahamkan polis sedang memohon perintah reman bagi menyiasat kejadian itu dengan lebih lanjut.

Sepasukan anggota polis forensik dilihat menjalankan siasatan dan mengumpul bukti yang ada di tempat kejadian, termasuk cap jari.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dijangka mengadakan sidang akhbar Jumaat.

Pemilik kedai pajak tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, berkata beliau gembira suspek tidak sempat menyamun kedainya dan berharap tindakan tegas dikenakan terhadap mereka.

"Saya gembira kerana tiada barang yang hilang," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jumlah Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Meningkat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin