suria

Pengerusi Cybersecurity Dahului Senarai Penerima Pingat Daripada Agong

KUALA LUMPUR: Pengerusi Cybersecurity Malaysia Jen (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed mendahului senarai 263 penerima darjah kebesaran dan pingat daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka di Istana Negara, Khamis.

Beliau dianugerahi darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran "Tan Sri".

Turut menerima PSM ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif IJM Corporation Berhad Tan Sri Tan Boon Seng dan Pengerusi South East Asia Welfare and Education Foundation (SEAWEED) Left Jen (B) Tan Sri Wan Abu Bakar Omar.

Selain itu, sembilan orang dianugerahi darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran "Datuk".

Mereka ialah Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua MIC Bahagian Tanjung Karang Datuk M.Krishnan dan Pengarah Urusan Maswing Holding Datuk Kapt Mohd Nawawi Awang.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Mohd Sukor Abd Manan, Pengerusi Paling Construction Sdn Bhd, Bintulu Datuk Sia Hiong Ngee, Pengarah Urusan Onsys Energy Sdn Bhd Datuk Jaafar Mohamad dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sunsuria Datuk Ter Leong Yap juga dianugerahkan PJN.

Tuanku Mizan juga menganugerahkan darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada 8 penerima, Johan Setia Mahkota (15 penerima), Kesatria Mangku Negara (57), Ahli Mangku Negara (73 penerima), Pingat Pangkuan Negara (72 penerima) dan pingat Bentara Setia Diraja (26 penerima).- BERNAMA

Artikel Lain