suria

Khazanah Umum Perubahan Kepimpinan Kanan

KUALA LUMPUR: Cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd Rabu mengumumkan pelantikan Pengarah Eksekutif Pelaburan yang baru dan pertukaran Ketua Bahagian Pengurusan Modal Insan Strategik (SHCM).

Shahnaz Al-Sadat, yang melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif SHCM, berkuat kuasa 1 Ogos, akan mengetuai syarikat perkhidmatan pendidikan Khazanah, LeapEd Services Sdn Bhd, mulai 15 Okt, demikian menurut Khazanah dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum menyertai Khazanah, Shahnaz berkhidmat dengan Malaysia Airlines sebagai Pengurusan Besar Audit Dalaman dan anggota Jawatankuasa Pengurusan MAS.

Susulan pertukaran Shahzat itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Khazanah, Datuk Mohammad Zainal Shaari, akan bertindak sebagai Pengarah Eksekutif SHCM, berkuat kuasa 1 Julai.

Dalam kenyataan yang sama, Khazanah juga mengumumkan pelantikan Kenneth Shen sebagai Pengarah Eksekutif Pelaburan berkuat kuasa 15 Julai.

Shen berpengalaman lebih 25 tahun dalam pengurusan pelaburan dan perbankan pelaburan global.

Beliau akan menjadi seorang daripada lapan Pengarah Eksekutif Pelaburan di Khazanah.

Menurut kenyataan itu lagi, Shen pernah bekerja dengan Lembaga Pelaburan Qatar sebagai penasihat kepada ketua pegawai eksekutif dan anggota lembaga pengarah Qatar Holding LLC. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain