suria

KPKK Siasat Perbuatan Persenda 'Negaraku'

BETONG: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat siasatan terperinci mengenai laporan bahawa seorang mahasiswa universiti tempatan telah mempersendakan lagu kebangasaan, Negaraku, melalui YouTube.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata siasatan itu adalah bagi menentukan sama ada berlaku kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kita sedang susul perkara ini sebab banyak gara-gara sekarang orang tidak cukup mendengar lagu pop...mereka nak mempopkan lagu Negaraku," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat anak Bakir di Penom, Ulu Paku dekat sini Selasa.

Rais berkata antara yang akan disiasat ialah siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dan bagaimana senikata lagu kebangsaan itu diubah. - BERNAMA

Artikel Lain