Akhbar tempatan The Straits Times melaporkan selepas keputusan diumumkan oleh hakim, Shadrake, 76, menerusi peguamnya M. Ravi, meminta agar hukuman penjara dimulakan Rabu ini, dan permintaan itu diterima.Tahun lepas Peguam Negara memohon untuk menyabit Shadrake bagi kesalahan menghina mahkamah berdasarkan petikan-petikan dalam bukunya yang bertajuk Once A Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock" yang mengkritik badan kehakiman. November tahun lepas beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengkritik, mempersoal integriti dan kebebasan mahkamah dalam 11 daripada 14 petikan dari buku itu.Hakim Loh menjatuhi hukuman enam minggu penjara terhadap Shadrake, dan denda S$20,000 yang merupakan hukuman tertinggi yang dikenakan terhadap kesalahan menghina badan kehakiman di Singapura.Hari ini tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan mendapati sembilan daripada 14 petikan itu menghina badan kehakiman.Mahkamah Rayuan juga menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan pendekatan Loh yang memberikan hukuman agak ringan terhadap Shadrake.Shadrake yang berjalan keluar dari mahkamah dengan menunjukkan tanda V sebagai lambang kejayaan berkata, "Saya memang sudah jangka".Katanya beliau tidak kesal menulis buku itu, namun mengakui beliau membuat beberapa kesilapan kecil.Shadrake berkata beliau tidak akan dapat membayar denda itu, menyebabkan beliau terpaksa menambah dua minggu lagi tempoh hukuman penjaranya, menjadikan semuanya lapan minggu. -BERNAMA