suria

Ugutan Culik Anak, Nurul Izzah Buat Laporan Polis

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membuat satu laporan polis pada pagi Jumaat berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang tidak dikenali mengugut untuk menculik anak perempuannya.

Ibu kepada dua anak itu memberitahu pemberita bahawa individu terbabit memberi amaran jika terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau anak perempuannya mengalami nasib sama seperti Sharlinie Mohd Nashar.

Sharlinie, 5, diculik pada tahun 2008 di taman permainan kanak-kanak berhampiran rumahnya di Petaling Jaya dan tidak ditemui sehingga kini.

Nurul Izzah yang juga anak sulung Anwar itu percaya ugutan itu bermotifkan politik bagi menamatkan karier bapanya.

“Individu itu mengugut bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie. Skiranya saya terus menyokong bapa saya, maka tiada apa yang mampu saya buat untuk selamatkan anak saya.

“Dia juga mengugut jika saya tak desak bapa berhenti dari politik sesuatu akan berlaku kepada anak perempuan saya,” katanya kepada pemberita selepas mmbuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini, Jumaat.

Beliau mendakwa menerima SMS pertama pada 11 Mei dan yang kedua sehari kemudian bagi mengingatkan kepadanya tentang ugutan itu.

“Pada 5 Mei saya terima SMS dari seseorang yang beria-ia mahu memberitahu perkara penting kepada saya dan meminta saya menelefon kembali. SMS itu dihantar dua kali dalam sehari.

“Saya amat bimbang dengan keselamatan anak saya. Ini bukan pertama kali keluarga saya diugut dengn video seks dan kereta ayah saya disabotaj," ujarnya.

[Berita selanjutnya selepas ini]

Artikel Lain