suria

Tiada Caj Tambahan Untuk Insuran Haji - Jamil Khir

YAN: Tabung Haji (TH) tidak mengenakan caj tambahan bagi skim perlindungan insuran untuk jemaah haji dan umrah seperti dikenakan oleh syarikat swasta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata skim insuran kepada jemaah telah disertakan dalam pakej yang disediakan oleh TH sebelum ini.

="Setiap jemaah perlu bayar RM10 sahaja iaitu termasuk harga yang telah dibayar melalui pakej yang disediakan termasuk pakej umrah dan haji yang disediakan oleh syarikat swasta di bawah TH," kata Jamil ketika diminta mengulas perkara itu di sini, Ahad.

Katanya, insuran tambahan yang dianjurkan pihak swasta ini merupakan satu pendekatan baik bagi membantu jemaah yang sakit dan berlaku kehilangan barang semasa melakukan ibadah haji dan umrah agar mereka dapat ganti rugi.

"Syarikat terlibat perlu menjelaskan terlebih dahulu kepada bakal jemaah mengenai insuran tambahan itu agar tidak timbul salah faham di kalangan jemaah yang beranggapan ia sebagai bebanan tambahan.

"Jadi ianya terpulang kepada individu untuk memilikinya ataupun tidak... Jika mereka rasa perlu untuk mengambil insuran itu...perlu mendapat penjelasan terperinci dahulu sebelum melakukan pembayaran," kata Jamil. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain