suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

500 Calon Dipanggil Semula Sertai PLKN Mei Ini

PASIR MAS: Seramai 500 calon yang sebelum ini gagal menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dipanggil semula untuk menyertainya mulai 15 Mei ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Mereka adalah antara 42,067 pelatih yang akan dipanggil menyertai latihan Siri Kedua tahun ini di semua 82 kem latihan di seluruh negara.

"Mereka akan dipanggil secara berperingkat-peringkat," katanya kepada pemberita pada majlis penutup perkhemahan kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periok bersama JLKN di Kem Cancun Park dekat sini, Sabtu.

Abdul Hadi turut menjelaskan daripada 42,000 calon tersebut, seramai 1,500 adalah yang diberi penangguhan sebelum ini kerana sebab tertentu seperti sudah bekerja dan sedang melanjutkan pelajaran.

"Sebab itu mulai tahun ini kita membuat pengambilan selepas calon mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan sudah mengetahui tentang peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran.

"Ini untuk mengelakkan kesulitan kepada calon terbabit dan menjimatkan kos kerajaan akibat penangguhan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain