suria

50 Anggota Polis Berkawal Di Hadapan Pejabat SPRM Selangor

SHAH ALAM: Kira-kira 50 anggota polis berkawal dihadapan Wisma PKPS yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor bagi mengelakkan demonstrasi berhubung kematian Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dilihat memasuki pejabat SPRM Selangor pada pukul 10.10 pagi.

Beliau dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pegawai SPRM bermula pukul 10.40 pagi tadi.

Ahmad Sarbani dijumpai mati di tingkat satu berhampiran gelanggang badminton bangunan SPRM Jalan Cochrane Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Beliau adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, namun beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

Bagaimanapun Ahmad Sarbani dikatakan hadir ke pejabat SPRM itu Rabu lalu untuk bertemu pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

Artikel Lain