suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Perlu Tingkatkan Peranan Sayap Pemuda - Hamidah

BATU GAJAH: Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia Datuk Hamidah Osman berkata Umno perlu meningkatkan peranan dan tanggungjawab Pergerakan Pemuda Umno dalam usaha memastikan kesinambungan parti.

Katanya, pendedahan dan peluang anggota pergerakan itu perlu ketengahkan dan wakil mereka diberi peluang untuk menonjolkan kebolehan serta kemampuan mereka dalam menjalankan pelbagai aktiviti parti.

"Mereka adalah pemangkin kepada kejayaan parti pada masa hadapan. Ini kerana melalui pengalaman yang ditimba ia mampu menjadikan mereka pemimpin yang berwibawa dan disegani. Banyak program yang dijalankan mereka sebelum ini berjaya," katanya kepada pemberita selepas menerima borang kemasukan 268 anggota baru Pemuda Umno Bahagian Gopeng di sini, Ahad.

Hamidah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, berkata banyak program yang dijalankan parti kini didominasi golongan senior menyebabkan anggota muda berasa terpinggir.

"Keadaan ini boleh menyebabkan Umno kekurangan pemimpin berwibawa di masa depan...negara memerlukan pelapis baru untuk memimpin masa hadapan, justeru itu usaha mendidik harus bermula dari sekarang," katanya.

Beliau berkata peranan Pemuda perlu dipertingkatkan dari sekarang sebagai barisan hadapan parti terutama dalam suasana menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya minta semua pemimpin Umno supaya libatkan sayap-sayap parti bukan sahaja Pemuda malahan Puteri dalam apa jua program bagi memberikan mereka pendedahan dan jati diri untuk mengepalai parti di masa depan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain