16 Termasuk Anggota Keluarga Ahmad Sarbani Beri Keterangan - Semasa | mStar

16 Termasuk Anggota Keluarga Ahmad Sarbani Beri Keterangan

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil keterangan daripada 16 orang termasuk anggota keluarga Ahmad Sarbani Mohamed sehingga semalam bagi membantu siasatan kematian penolong pengarah Kastam Selangor itu pada Rabu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah bagaimanapun enggan mendedahkan siapa dan berapa ramai anggota keluarga Ahmad Sarbani yang diambil keterangan.

"Polis akan mengambil lagi keterangan dari individu berkaitan jika siasatan yang dilakukan memerlukan lagi maklumat," katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog Sempena Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah di Pusat Beli-Belah Wangsa Walk anjuran MSL Properties di sini, Sabtu.

Turut hadir Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye yang juga Pengerusi MSL.

Dalam kejadian itu, Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati dengan kecederaan di kepala di gelanggang badminton di tingkat 1, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ketika diminta mengulas tentang rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperolehi polis dari tempat kejadian itu, Zulkifli berkata polis masih menganalisisnya.

"Polis tidak boleh buat keputusan tergesa-gesa kerana ini kes yang ingin diketahui oleh orang ramai," katanya.

Terdahulu dalam sesi dialog itu, orang ramai memohon Polis Kuala Lumpur supaya mewujudkan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berikutan bilangan penduduk yang semakin ramai di kawasan itu.

Selain itu, mereka juga meminta polis memasang lebih banyak CCTV di kawasan Sentul, Keramat dan Wangsa Maju kerana banyak kes ragut dikatakan berlaku di kawasan berkenaan.

Zulkifli berkata Polis Kuala Lumpur memang merancang menubuhkan IPD Wangsa Maju tahun ini kerana penduduknya yang kini seramai 350,000 orang dan bersedia menambah CCTV di kawasan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini