suria

Kelantan Haram Shisha Pula?

KOTA BARU: Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB)membatalkan lesen dua restoran di Jalan Tok Hakim dan Jalan Long Yunus di sini kerana menyediakan shisha di premis mereka.

Yang Dipertua (MPKB) Nazran Mohamad berkata, kedua-dua premis itu adalah di antara berpuluh kedai makan dan restoran yang diserbu dalam operasi mencegah penjualan shisha di bandar itu sejak dua minggu lepas.

Katanya, keputusan membatalkan lesen perniagaan dua restoran itu dibuat pada mesyuarat MPKB, Selasa.

"Premis itu melakukan kesalahan berulang kali selepas pemiliknya membayar kompaun sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Shisha adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau pelbagai perisa bagi menggantikan rokok atau cerut.

Nazran berkata, penyediaan shisha di restoran adalah dilarang di bawah Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan.

Artikel Lain