suria

Dua Pelajar Maut Motosikal Yang Dinaiki Tercampak Ke Dalam Longkang

IPOH: Dua pelajar terbunuh apabila motosikal yang ditunggangi mereka terbabas dan tercampak ke dalam longkang di kawasan Kampung Tersusun Aatin Sungkai, 100 km dari sini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 1 petang semalam, penunggang motosikal Mohd Amirul Asraf Osman, 15 dan pemboncengnya Mohd Azuan Nursimriyadi, 13.

Mohd Amirul meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala Mohd Azuan yang juga cedera parah di kepala meninggal dunia pada pukul 7.30 petang semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun, katanya ketika dihubungi, Isnin. Wan Abdullah berkata, kedua-dua mangsa adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungkai.

Kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang Mohd Amirul di jalan kawasan kampung itu gagal dikawal lalu terbabas dan tercampak ke dalam longkang i tepi jalan sedalam dua meter.

Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami cedera parah dan penduduk kampung yang melihat kejadian tersebut membantu mengeluarkan mereka dari longkang sebelum dihantar ke hospital, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain