suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

164 Penduduk Kampung Melayu Sri Kundang, Gombak Dapat Hak Milik Tanah

SHAH ALAM: Seramai 164 penduduk Kampung Melayu Sri Kundang, Gombak pada Ahad menerima Notis 5A atau surat kelulusan pemberimilikan tanah dengan kadar premium RM2 sekaki persegi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata permohonan pemilikan tanah untuk pembinaan kediaman di kampung itu dibuat sejak 1999 dengan lebih 700 pemohon.

"Daripada jumlah itu, 571 orang telah menerima hak milik ini dan bakinya tertangguh disebabkan beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan, " katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan permohonan ditolak atau belum diluluskan ialah kerana tapak yang diberi dibiarkan kosong serta tidak diusahakan, permohonan bertindih dan dua tapak yang dipohon dikenal pasti telah mempunyai pemilik.

Ada juga yang tidak menerima Notis 5A yang dipohon mereka kerana kerja-kerja mengukur tanah yang masih tidak diselesaikan lagi.

"Kadar premium yang telah dipersetujui oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk para penerima Notis 5A pada Ahad ialah sebanyak RM2," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menyasarkan untuk menyelesaikan sehingga 100,000 permohonan berkaitan tanah dalam tempoh terdekat.- BERNAMA

Artikel Lain