suria

100 Penduduk Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran Di Tawau

TAWAU: Kira-kira 100 penduduk setinggan di Batu 3, Jalan Apas di sini hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam satu kebakaran yang turut membabitkan sebuah kilang memproses udang pada Sabtu.

Dalam kejadian pukul 1.45 petang itu, kebanyakan mereka yang menghuni kira-kira 20 buah rumah papan terbabit tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana keluar bekerja selain kebakaran yang berlaku begitu pantas.

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau Mohd Zahar Abdullah berkata dua buah jentera dengan 24 pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Siasatan awal mendapati kebakaran mungkin bermula dari kawasan perumahan setinggan itu sebelum merebak ke kilang terbabit, katanya.

Beliau berkata punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain