suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Anggota PGA Ditahan Berjudi Di Kuching

KUCHING: Tiga belas anggota Polis Gerakan Am (PGA) ditahan ketika berjudi di sebuah kuarters anggota di Ibu Pejabat PGA Briged Sarawak, Batu Kawa, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian pukul 5.15 petang itu, 13 anggota PGA pelbagai pangkat terbabit leka bermain 'holo' ketika diserbu sepasukan polis dari Unit Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak.

Difahamkan wang tunai berjumlah RM2,000 turut dirampas dalam serbuan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi pada Sabtu mengesahkan perkara itu.

Kesemua anggota yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis, katanya.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain