suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

170 Desak Gadaffi Letak Jawatan Di Kedutaan Libya

KUALA LUMPUR: Kira-kira 170 orang termasuk 150 rakyat Libya yang berada di negara ini berhimpun di hadapan Kedutaan Libya selepas sembahyang Jumaat bagi mendesak peletakan jawatan Presiden Libya Muammar Gadaffi.

Perhimpunan itu turut disertai 20 wakil daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik seperti Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu serta Adun PAS bagi kawasan Batu Burok, Terengganu Dr Syed Azman Ahmad Nawawi turut menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan mendesak Gadaffi menghentikan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di negara itu.

Kesemua mereka telah membawa pelbagai poster dan meneriak 'Free Libya'. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain