suria

KPDNKK P.Pinang Gesa Orang Ramai Lapor Kekurangan Bekalan Susu Pekat Manis

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang menggesa peniaga dan orang ramai melaporkan masalah kekurangan bekalan susu pekat manis di negeri ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya M. Guna Selan menggesa demikian ketika mengulas laporan akhbar pada Sabtu berhubung kenaikan harga susu pekat manis di Butterworth ekoran dakwaan pemborong sukar memperolehi barangan itu kerana kekurangan stok.

Sekotak 48 tin susu pekat manis yang sebelum ini dijual dengan harga RM93 kini berharga RM108.

Guna Selan berkata susu tersebut dijual mengikut harga pasaran semasa kerana barangan itu tidak termasuk dalam Skim Kawalan Harga kerajaan. - BERNAMA

Artikel Lain