suria

356 Pelajar Tajaan Mara Ditempatkan Di Asrama Tabung Haji Di Jeddah

BESUT: Kumpulan pertama pelajar Malaysia terdiri daripada 356 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah, Mesir akan ditempatkan sementara di asrama Tabung Haji di Jeddah.

Pengerusi Mara Datuk Seri Idris Jusoh berkata kumpulan berkenaan akan didaftarkan oleh tiga pegawai Mara yang dibawa khas dari Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

"Tiga pegawai Mara itu kini berada bersama pelajar berkenaan dan mendaftar semua pelajar ini bagi menentukan identiti mereka sebelum laporan dibuat kepada keluarga mereka dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, Idris berkata sekumpulan 300 lagi pelajar tajaan Mara yang menaiki penerbangan AirAsia yang telah mendarat di Jeddah masih terkandas dalam pesawat kerana ketiadaan ejen syarikat penerbangan itu di Jeddah.

"Kita telahpun mendapatkan bantuan daripada Wisma Putra yang sedang berusaha memastikan kesemua pelajar tersebut dapat masuk ke Jeddah," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Sarawak Jumpa PM Ahad Ini

Artikel Lain