suria

Terengganu Kaji Naik Elaun Timbalan Pengerusi JKKK Dan Bilal

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan mengkaji kemungkinan menaikkan kadar bayaran elaun bagi Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan bilal.

Menteri Besar Datuk Ahamd Said berkata Pejabat Setiausaha Kerajaan akan membuat kertas cadangan untuk dipertimbangkan.

"Pengerusi JKKK sama dengan imam dinaikkan kadar elaun seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tahun lepas, namun pada pengumuman itu, tidak disebut kenaikan elaun Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari JKKK sama juga dengan bilal," katanya semasa mengadakan lawatan ke Restoran D'Muara Live Seafood selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu.

Pada bajet tahun lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan elaun Pengerusi JKKK dan imam antara RM800 dan RM850 mulai tahun ini.

Sebelum ini Pengerusi JKKK menerima elaun sebanyak RM450 manakala timbalannya RM300, Setiausaha (RM350) dan Bendahari (RM200) sebulan. - BERNAMA

Artikel Lain