suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

54 OKU Terselamat Daripada Kebakaran Di Ipoh

IPOH: Sejumlah 54 kanak-kanak yang mendiami rumah pertubuhan kebajikan kanak-kanak cacat Lebuh Batu Batu Bungkal, Jalan Kampar di sini terselamat daripada kebakaran yang memusnahkan rumah berkenaan semalam.

Kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan dalam kebakaran yang berlaku pada 8.45 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Liew Tong Sin berkata 14 anggota bersama dua jentera berjaya memadamkan kebakaran dalam masa 10 minit.

Kebakaran dipercayai bermula dari tingkat atas rumah penjagaan itu dan mengakibatkan hampir 70 peratus rumah berkenaan musnah, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata kerugian dianggarkan lebih RM300,000 dan punca kebakaran masih disiasat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Datuk Dr Mah Hang Soon berkata Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan OKU terbabit ditempatkan di penempatan sementara yang selesa dan selamat diduduki selain menyediakan keperluan harian.

Buat sementara waktu, kesemua OKU terbabit ditempatkan di sebuah dewan, dekat Taman Maju Rapat di sini, kata Dr Mah, yang turut melawat ke lokasi kejadian. -BERNAMA

Artikel Lain