suria

Masyarakat Majmuk Di Malaysia Perlu Hormati Budaya Masing-Masing: Adnan Satem

LUNDU: Rakyat berbilang kaum dan agama yang mempunyai latar belakang berbeza perlu menghormati budaya masing-masing untuk mengekalkan keharmonian negara, kata Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di sini.

Beliau berkata hubungan rapat dan akrab rakyat negara ini merupakan aset yang paling bernilai dan ia seharusnya dipelihara dengan baik oleh semua pihak.

"Hormati budaya masing-masing, kita ada Melayu, Melanau, Iban, Kadazan, Bidayuh dan banyak lagi kaum, hubungan baik antara semua kaum ini perlu kita pelihara," katanya ketika berucap pada Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Pasar Tamu Lundu di sini malam Jumaat.

Adnan berkata perpaduan rakyat berbilang bangsa, budaya dan agama boleh musnah jika sikap tidak hormat itu hilang, sekali gus akan merugikan rakyat sendiri.

Apa yang berlaku di negara-negara lain iaitu melibatkan kehancuran perpaduan disebabkan rakyatnya tidak dapat hidup bersatu dan tidak menghormati kaum lain yang berbeza budaya, katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

WikiLeaks: DAP Nafi Jadi Dalang

Artikel Berikut

ADUN Tenang Meninggal Dunia

Artikel Lain