suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Tabligh Mati Lemas Di Rantau Abang

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota kumpulan jemaah tabligh mati lemas ketika mandi di pantai Batu Pelanduk Kuala Abang, Dungun , Khamis.

Mayat Che Bahaman Md Yusof, 26, yang berasal dari Kampung Nyirih Kampung Raja, Besut dijumpai pukul 12.20 tengah hari oleh pasukan penyelamat.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Dungun Nurali Omar berkata mayat mangsa dijumpai beberapa meter daripada tempat kejadian dan di hantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Beliau berkata Che Bahaman tiba di Rantau Abang malam tadi bersama-sama sekumpulan 10 orang ahli tabligh dan bermalam di Masjid Kampung Baru Kuala Abang.

"Che Bahaman bersama empat rakannya mandi di pantai itu pada kira-kira pukul 9 pagi dan dia secara tiba-tiba dihanyutkan ombak besar," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain