suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Tenang Stabil Di Hospital Ampang Puteri Akibat Kencing Manis

LABIS: Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang, Datuk Sulaiman Taha, yang dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, kini dalam keadaan stabil.

Setiausaha Umno Bahagian Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, berkata wakil rakyat itu yang dimasukkan ke hospital berkenaan pada 24 Nov lepas, perlu menjalani rawatan lanjut.

Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas. - BERNAMA

Artikel Lain