suria

Mayat Pekerja Pembersihan Ditemui Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik

LABUAN: Seorang pekerja pembersihan dijumpai mati, dipercayai terkena renjatan elektrik di hadapan bangunan Kompleks Sukan Laut, Kementerian Pelancongan di sini hari ini.

Mayat Mursi Jainuddin, 24, dijumpai tertiarap di kawasan landskap di hadapan bangunan itu oleh seorang pengawal keselamatan Jabatan Muzium kira-kira pukul 6.45 pagi ketika beliau sedang membuat rondaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, Timbalan Penguasa Zakaria Yusof berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Polis percaya pekerja itu mati akibat terkena renjatan elektrik semasa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan di sekitar pejabat Kementerian Pelancongan di Kompleks Sukan Laut ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain