Saksi Kes Kematian Aminulrasyid Dengar 10 Tembakan - Semasa | mStar

Saksi Kes Kematian Aminulrasyid Dengar 10 Tembakan

SHAH ALAM: Seorang saksi dalam perbicaraan kes seorang anggota polis dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, di Seksyen 11 di sini 26 April lepas, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau terdengar lebih 10 tembakan pada hari kejadian.

Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, 28, seorang penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berkata, beliau terdengar bunyi seakan-akan letupan mercun itu diselangi dengan bunyi siren kereta polis sebelum mendengar bunyi dentuman seperti bunyi objek melanggar dinding.

"Ketika sedang membuat kerja di komputer di tingkat dua rumah saya, saya terdengar bunyi seperti 'tap' yang datang dari arah Jalan Tarian 11/2, dan kemudian mendengar bunyi 'tap-tap-tap-tap-tap' secara berterusan yang makin lama makin kuat dan dekat menghampiri rumah saya.

"Seterusnya bunyi itu diselangi dengan bunyi siren polis dan bunyi siren polis pun makin lama makin kuat kedengaran. Akhir sekali saya dengar bunyi dentuman yang sangat kuat seperti bunyi objek melanggar dinding," katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar. Koperal Jenain Subi, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Zafrullah berkata beliau kemudian bergegas ke tingkap rumahnya dan ternampak sebuah kereta yang sudah terlanggar dinding serta dua buah kereta polis yang sedang mengepung kereta itu.

"Seterusnya saya pergi ke tebing rumah saya dan ternampak seorang lelaki sedang berlari ke arah bertentangan Jalan Tarian 11/2 sambil beberapa anggota polis mengejar dengan menjerit ke arah lelaki itu 'jangan lari'," katanya.

Saksi ke-15 pendakwaan itu berkata beliau kemudian pergi ke tempat kejadian 30 meter dari rumahnya yang di Jalan Silat Gayung 11/3A.

Zafrullah berkata apabila tiba di tempat kejadian, beliau melihat sebuah kereta Iswara Aeroback berwarna putih yang telah melanggar dinding dan ternampak satu mayat dalam keadaan kepalanya tersembam di tempat duduk pemandu yang pintunya terbuka manakala bahagian badan dan kaki mayat itu berada di luar kereta.

"Lelaki itu berpakaian T-shirt lengan pendek dan seluar pendek paras lutut tetapi saya tidak dapat cam mukanya," katanya.

Saksi itu berkata beliau turut melihat beberapa kereta polis, anggota polis dan beberapa orang awam di tempat kejadian.

Ditanya Mohd Dusuki bagaimana beliau mengetahui bahawa bunyi letupan yang beliau dengar dari rumahnya adalah bunyi tembakan, Zafrullah berkata beliau mengagak ia bunyi tembakan selepas melihat kesan tembakan pada cermin belakang kereta itu.

Mohd dusuki : "Adakah awak tahu identiti mayat itu pada bila-bila masa?"

Zafrullah : "Pada masa itu saya tidak tahu tetapi saya tahu (identiti) keesokan harinya. Mayat itu adalah Aminulrasyid yang merupakan adik kepada kawan saya dan saya memang kenal mangsa serta keluarganya yang tinggal di rumah No: 26, Jalan Makyong." Beliau berkata rumah Aminulrasyid terletak kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menetapkan 19 Okt ini untuk pihak mahkamah, pihak pendakwaan dan pembelaan melawat tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Saksi Dengar Bunyi Tembakan Bertalu-talu

Artikel Berikut

Samy Vellu Tidak Menyesal Undur Diri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain