Remaja Lemas Selepas Tergelincir Dalam Sungai - Semasa | mStar

Remaja Lemas Selepas Tergelincir Dalam Sungai

CHANGLUN: Seorang remaja lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Jeragan dekat sini semasa sedang melihat dua rakannya menjala ikan di sungai itu malam Rabu.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11.30 malam apabila Sareh Mohd Asyraf Sareh Yusof, 19, yang dikatakan turun ke tebing sungai untuk menarik jala yang tersangkut selepas ditebar rakannya, tergelincir sebelum jatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras.

Rakannya Mohd. Hisham Syahidan, 24, berkata kejadian berlaku terlalu pantas kerana air sungai ketika itu sangat deras.

"Saya dan seorang lagi rakan tidak mampu berbuat apa-apa kerana air sedang berpusing ketika itu dan Asyraf dilihat tenggelam timbul dalam air," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata dia dan seorang lagi rakannya terus memberitahu bapa Asyraf yang tiggal di Kampung Darat tentang tragedi itu sebelum mendapatkan pertolongan orang kampung.

Ibu Asyraf, Sabariah Abdul Hamid, 40, berkata sebelum kejadian, anaknya itu meminta RM40 daripadanya untuk membeli barang-barang keperluan bagi persediaan menyambut hari raya.

"Dia minta izin untuk pergi membeli belah selepas berbuka, saya tidak tahu yang dia akan pergi menjala ikan," katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zamri Chik berkata mayat Asyraf dijumpai kira-kira pukul 1 tengah hari oleh Unit Penyelam Jabatan Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di dasar sungai tiga meter dari tempat dia jatuh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA