Sistem Biometrik Di Setiap Pintu Masuk Negara Mulai Oktober - Semasa | mStar

Sistem Biometrik Di Setiap Pintu Masuk Negara Mulai Oktober

KUALA LUMPUR: Sistem biometrik akan dilaksanakan di setiap pintu masuk negara mulai Oktober ini bagi membolehkan identiti setiap pelawat ke dalam negara direkodkan dengan efisien.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pelaksanaan sistem itu juga dapat memastikan mereka yang dilarang memasuki negara dapat dikenal pasti, selain memudahkan gerakan penguatkuasaan secara menyeluruh.

Beliau berkata dengan pelaksanaan sistem biomterik ini juga, yang difahamkan tidak akan memakan belanja besar, para majikan tidak lagi sewenangnya dapat mengambil pekerja tanpa izin untuk bekerja dengan mereka.

Katanya satu pangkalan data majikan juga akan dibangunkan bagi merekodkan segala maklumat berkaitan majikan supaya pengambilan dan pengurusan pekerja asing oleh seseorang majikan itu akan dapat dibuat dari semasa ke semasa, khususnya ketika majikan memohon untuk mengambil pekerja asing baru.

"Dengan pemantauan dan kawalan rapi, masalah yang begitu kompleks boleh ditangani," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Countdown Famine 30 Hours" yang disertai 8,000 peserta dari kaum Cina dan India di Bukit Jalil di sini.

Bagaimanapun menurutnya dalam menangani masalah pekerja asing, ia memerlukan kerjasama di kalangan semua agensi yang terbabit dalam mengawal sempadan seperti imigresen, marin, dan tentera, selain kerjasama dua hala dengan unit penguatkuasaan negara-negara jiran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"