suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

148 Saman Dikeluarkan Dalam OPS Samseng Jalan Raya

KUALA LUMPUR: Sebanyak 148 saman POL 257 dikeluarkan Polis Trafik Kuala Lumpur sepanjang "Ops Samseng Jalan Raya" yang diadakan bermula pukul 11 malam tadi hingga 3 pagi Ahad.

Jurucakap polis berkata sebuah motosikal turut disita dalam operasi kerana penunggangnya tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalannya tamat tempoh.

Operasi itu diadakan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) di kedua-dua arah berhampiran Kampung Pantai Dalam dan Kampung Kerinchi.

Saman POL 257 adalah saman yang diberi semasa kesalahan dilakukan.

Sementara itu dalam operasi trafik sekitar Kuala Lumpur pula, polis menahan lima lelaki berumur antara 18 dan 26 tahun serta menyita motosikal mereka.

Mereka yang ditahan mengikut Seksyen 42 (11) Akta Pengangkutan Jalan itu ialah dua pekerja bengkel, seorang penghantar surat, seorang kerani swasta dan seorang penganggur. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain