suria

Kanak-Kanak Empat Tahun Lemas Dalam Tangki Air

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati lemas dalam tangki air di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Gereja Batu 9 Jalan Labuk di sini semalam.

Mayat Liau Wei Fu ditemui terapung dalam tangki air itu kira-kira pukul 5 petang oleh seorang pekerja bengkel ketika dia mencuci tangan di tangki air itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa berkata, mengikut laporan dari keluarga mangsa, kanak-kanak itu bermain seorang diri di perkarangan rumah mereka kira-kira pukul 4 petang.

"Kanak-kanak itu dipercayai memanjat tangki air bengkel terbabit yang terletak bersebelahan rumahnya," kata Rosli di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain