Tee Hock Seng Letak Jawatan Bendahari Agung MCA - Semasa | mStar

Tee Hock Seng Letak Jawatan Bendahari Agung MCA

KUALA LUMPUR: Bendahari Agung MCA dan Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan, Tan Sri Tee Hock Seng telah meletakkan kedua-dua jawatan parti hari ini.

Tee menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung Parti, Datuk Wong Foon Meng dan juga Presiden yang baru dipilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di ibu pejabat parti tengah hari ini.

"Saya memutuskan meletak jawatan sebab saya berkhidmat bersama Datuk Seri Ong (Tee Keat). Oleh kerana beliau tidak lagi menjadi presiden parti, saya memutuskan meletak jawatan dalam parti," katanya ketika dihubungi malam ini.

Tee dilantik ke kedua-dua jawatan itu selepas Tee Keat dipilih sebagai presiden parti pada Oktober 2008.

Tee berkata, beliau kesal kerana jawatankuasa pusat di bawah penggal Ong tidak dapat menghabiskan penggalnya, namun berharap pucuk pimpinan baru di bawah Dr Chua akan dapat menyatukan parti.

"Saya akan terus menjadi anggota MCA tetapi tidak akan menerima sebarang tawaran balas bagi saya memegang apa-apa jawatan dalam parti. Sebaliknya saya akan beri lebih perhatian kepada kerja-kerja kemasyarakatan dan persatuan puak," ujarnya.

Wong ketika dihubungi mengesahkan Tee telah meletak jawatan tetapi enggan mengulas lanjut.

Tee Keat kalah pada pemilihan baru parti Ahad lepas dalam pertandingan tiga penjuru menentang Dr Chua dan bekas presiden parti Tan Sri Ong Ka Ting. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT