suria

Felda, Felcra dan Risda Tubuh Konsortium RM300 juta

PUTRAJAYA: Tiga organisasi pertanian dan perladangan gergasi - Felda, Felcra dan Risda - akan bergabung di bawah sebuah konsortium untuk menerokai projek-projek secara global dan serantau.

Persetujuan untuk mewujudkan konsortium itu di bawah nama Synergy Perdana, akan turut membolehkan ketiga-tiga organisasi ini turut melibatkan diri dalam bidang pengangkutan, latihan, penyelidikan dan pembangunan secara bersama.

Sebagai permulaan modal berbayar konsortium ini dipersetujui berjumlah RM300 juta bagi membolehkannya menjana projek berdaya maju.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan orang di belakang cadangan pengwujudan konsortium ini hari ini menyaksikan majlis menandatangan memorandum persefahaman di antara ketiga-tiga organisasi milik kerajaan ini.

Menteri Wilayah dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal ketika mengumumkan demikian berkata, usaha untuk mewujudkan konsortium ini terus dijalankan sebaik sahaja perdana menteri melontarkan cadangan mengenainya Ogos tahun lepas.

Projek pertama Synergy Perdana ialah untuk menghasilkan baja sendiri April ini yang merupakan komponen terpenting dalam industri pertanian yang mana ketiga-tiga organisasi ini terlibat.

Shafie menambah, Felda, Felcra dan Risda menggunakan baja bernilai RM1 bilion untuk projek pertanian mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain