Konsep Bazar Diperluas Di Masjid Seluruh Sabah - Semasa | mStar

Konsep Bazar Diperluas Di Masjid Seluruh Sabah

KOTA KINABALU: Dalam usaha kerajaan negeri untuk menjadikan masjid sebagai satu pusat komuniti dan aktiviti masyarakat, konsep bazar akan diperkenal dan diperluaskan ke institusi masjid di seluruh Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, konsep ini yang bertujuan menggalakkan lebih ramai umat Islam berniaga yang bermula secara kecil-kecilan jika menguntungkan dan memberikan manfaat kepada jemaah akan dperluaskan ke seluruh negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Bazaar Al-Mubarak di kawasan masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini, beliau berkata dua lagi kawasan telah dikenal pasti iaitu di Bukit Padang (Kota Kinabalu) dan di daerah Ranau untuk diwujudkan bazar seperti ini.

Projek Bazaar Al-Mubarak itu yang merupakan usahasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) juga bertujuan mewujudkan ciri-ciri tambah nilai masjid bagi memajukan ummah serta menambah dana kewangan masjid bagi menjalankan aktivitinya.

Beliau berkata, projek perintis itu berharga RM1 juta yang mengandungi tujuh premis (enam gerai dan satu restoran), akan dimulakan pembinaannya secepat mungkin.

Dalam pada itu, masjid-masjid lain diminta mencontohi cara pengurusan cekap masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang sentiasa mempunyai banyak aktiviti yang berunsur membantu masyarakat Islam dan bukan setakat tempat beribadah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain