suria

Kelantan Tubuh Pasukan Pemantau PBT

KOTA BHARU: Kelantan telah menubuhkan sebuah pasukan pemantau bagi membantu kerajaan negeri mengatasi masalah yang berlaku di setiap Pihak Berkuasa Tempatan di negeri itu, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, pasukan itu bukan berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang sebaliknya akan membantu PBT yang bermasalah menerusi teguran dan pandangan.

"Apabila ada sahaja aduan, pasukan ini akan mula menyiasat yang kemudiannya akan memberikan cadangan kepada penambahbaikan itu," katanya selepas majlis pelantikan dan mengangkat sumpah penerimaan jawatan ahli-ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Bandaraya Islam di sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Lain