suria

UIAM Naib Johan Pertandingan Debat Dunia

KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul naib johan bagi kategori Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL) dalam Pertandingan Debat Universiti Dunia baru-baru ini.

UIAM diwakili oleh Khalidah Nazihah Abdul Jamin dan Meor Aliff Meor Azalan, pelajar tahun tiga masing-masing dalam jurusan ekonomi dan pengurusan sains dan sains politik.

Menurut kenyataan UIAM hari ini, Khalidah turut mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang pendebat terbaik ESL pertandingan debat peringkat dunia itu.

Tel Aviv University di Israel muncul johan dalam pertandingan debat terbesar dunia iaitu bagi kategori ESL.

Kejohanan itu menyaksikan penyertaan 392 universiti dari seluruh dunia, termasuk Harvard, Yale, Monash, Oxford Union dan Cambridge Union.

Pertandingan 10 hari itu yang diadakan di Koc University di Turkey, bermula pada 26 Disember tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain