suria

Polis Ambil Keterangan Ean Yong Hian Wah

SHAH ALAM: Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kenyataannya yang didakwa cuba menakut-nakutkan pihak berkuasa itu baru-baru ini.

Ean, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 10 pagi ditemani peguamnya, Lim Lip Eng sebelum memberi keterangan kira-kira sejam.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kenyataannya yang meminta polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa setiausaha politik Ean, Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Minggu lepas, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya akan memanggil ADUN Seri Kembangan itu bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain