Kerajaan Tak Hasrat Tutup Kes Kehilangan Enjin Jet Pejuang TUDM - Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan sama sekali tidak berhasrat untuk menutup kes kehilangan enjin pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata malah laporan telah pun dibuat kepada pihak polis apabila Kementerian Pertahanan menyedari tentang kejadian tersebut yang berlaku semasa beliau menerajui kementerian berkenaan.

"Kita telah pergi kepada polis, ketika itu saya adalah menteri yang berkenaan. Saya membuat keputusan bahawa kita perlu membuat laporan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia di sini hari ini.

Najib mengulas mengenai kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM pada 2007 yang dikatakan telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Afrika Selatan.

Mengenai seorang brigadier jeneral yang diarah bersara berhubung kes itu tetapi pencennya dikekalkan, Perdana Menteri berkata ia bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukannya dan terpulang kepada pihak TUDM dan Angkatan Tentera untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

"Kita tunggu sehingga laporan penuh dikeluarkan kerana kita telah bekerjasama dengan polis," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain