suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aswara Bantu Perbetul Penampilan Budaya Salah: Joseph

SIBU: Orang ramai yang ingin memelihara sebarang aspek budaya dan tradisi mereka atau mengadu mengenai prestasi salah tarian tradisi mereka boleh meminta Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bertindak dalam perkara itu.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Budaya, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, kementerian mahu menentukan apa yang dipelihara adalah tulen atau asli.

Joseph berkata, terdapat aduan bahawa tarian tradisi ngajat orang Iban tidak dipersembahkan mengikut gaya asal oleh kumpulan bukan Dayak dan kadang kala dilakukan mengikut rentak joget dan bukan muzik gong tradisional.

Beliau berkata, mereka yang telah menyaksikan persembahan yang salah boleh menghubungi Aswara dengan harapan untuk memperbetulkan segera keadaan.

Joseph yang juga Ahli Parlimen Julau berkata, mereka yang mahukan aspek tertentu budaya dan tradisi mereka dipelihara juga boleh menghubungi Aswara.

"Bila kita bercakap mengenai budaya Malaysia, ia termasuk budaya dari Sabah dan Sarawak dan bukan di Semenanjung Malaysia saja," katanya.

Malam tadi, Joseph melawat Rumah Saong di Sungai Strass dekat sini di mana beliau merasmikan sambutan ulangtahun ke-10 rumah panjang 26 pintu itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain