suria

Tajem Dilantik Penasihat PKR Sarawak

KUCHING: Bekas Presiden Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS), Datuk Seri Daniel Tajem dilantik sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Tajem yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri akan bersama Datuk Hafsah Harun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Dominique Ng menguruskan pentadbiran di negeri berkenaan.

Pelantikan tersebut dibuat pada Konvensyen PKR Sarawak di sini pada Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri, Baru Bian juga dinamakan pada konvensyen tersebut bersama Wan Zainal Wan Sanusi sebagai timbalan.

Manakala Dr. Michael Teo Yu Kheng, Jimmy Donald dan Granda Aing dilantik sebagai naib-naib pengerusi.

Sementara itu bagi jawatan setiausaha disandang oleh Abang Zulkifli Abang Engkeh, Piee Ling (penolong setiausaha), Wong Huan Yu (bendahari), See Chee How (ketua penerangan), Dr Ikwar Bakaruddin(pembantu ketua penerangan, Ahmadnazib Johari (ketua pemuda) dan Ibi Uding (ketua Wanita).

Artikel Sebelum

Artikel Lain