suria

Bank Digesa Sumbang Kepada HDRF

KUALA LUMPUR: Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) mahu bank komersial menyumbang kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi membantu melatih pekerja mahir.

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata kini sektor kewangan tidak menyumbang kepada tabung berkenaan yang ditubuhkan khas untuk meningkat kemahiran pekerja.

Adalah mandatori kepada syarikat dalam sektor pembuatan dan industri untuk menyumbang satu peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan mereka sebulan kepada tabung itu.

Namun jumlah tersebut dikurangkan kepada separuh sejak Februari lalu ekoran krisis ekonomi global.

"Kini bank hanya menumpukan perhatian memberi latihan pegawai yang bergaji tinggi dan membiarkan pekerja bawahan," kata Solomon.

Katanya NUBE mahu memastikan kira-kira 30,000 ahlinya mempunyai kemahiran tinggi beserta kelayakan akademik yang mencukupi yang sangat diperlukan sekarang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain