11,000 Pesakit Menanti Buah Pinggang - Semasa | mStar

11,000 Pesakit Menanti Buah Pinggang

SERI KEMBANGAN: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lebih 11,000 pesakit di negara ini sedang menunggu giliran bagi mendapatkan organ baru.

"Daripada jumlah itu, 11,000 orang pesakit sedang menanti buah pinggang, 19 (hati), 12 (paru-paru), lapan (jantung) dan dua pesakit memerlukan jantung dan hati.

"Sebubungan itu, kementerian kini sedang mempergiatkan lagi usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma organ bagi menyelamatkan nyawa orang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Ekonomi Bioherba Global Ke-3 di sini hari ini.

Menurut beliau, kementeriannya juga sedang mempergiatkan usaha bagi mempertingkatkan kesedaran awam dan mencari penderma yang sesuai untuk pelbagai kes yang belum dibuat pemindahan organ.

Beliau menambah, seramai 135,849 rakyat di negara ini telah mendaftar sebagai penderma organ berbanding 2,568 orang ketika kementerian mula-mula menjalankan kempen derma organ pada tahun 1997.

"Sehingga 11 Disember 2009, seramai 26 orang telah mendermakan kadaverik mereka, 82 (buah pinggang), 23 (kornea), 19 (jantung) dan empat orang telah menderma hati mereka kepada yang memerlukan," tambahnya beliau mengenai statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Pada sidang media yang sama, Liow turut melahirkan ucapan terima kasih atas kesudian keluarga mangsa kemalangan jalan raya baru-baru ini yang disahkan mati otak untuk menderma jantung dan organ-organ lain kepada pesakit yang memerlukan.

"Saya amat berterima kasih kepada pihak keluarga penderma, kesudian mereka menderma jantung dan beberapa organ lain mendiang anak mereka dapat menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan," katanya yang turut menyatakan rasa simpati ke atas kehilangan anak lelaki keluarga itu.

Mengulas mengenai tahap kesihatan penerima jantung penderma tersebut, Tan Geek Koon, 41, beliau berkata, Tan kini berada dalam keadaan yang stabil dan berharap akan kembali sihat seperti sediakala.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Agong Selamat Pulang Dari Munich

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain